Client's Charter | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» ABOUT US » Corporate Information » Client's Charter

Client's Charter

Kami staf Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam penyelidikan, perkhidmatan profesional dan pengembangan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan:-

» Menyediakan dan mengusahakan peningkatan secara berterusan dalam aspek yang berkaitan dengan penyelidikan dan perkhidmatan profesional sejajar dengan piawaian dan amalan terbaik yang diterima guna pada peringkat antarabangsa;

» Menyediakan program pengajian tinggi dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkualiti dalam usaha peningkatan kesarjanaan ilmu untuk memenuhi aspirasi pembangunan Negara;

» Memperkasakan bidang penyelidikan berkaitan dasar pertanian dan makanan dengan penemuan baharu yang dapat meningkatkan taraf hidup dan pembangunan ekonomi negara secara menyeluruh;

» Mewujudkan budaya pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan serta suasana persekitaran kerja dan pembelajaran yang dinamik dan kondusif demi memupuk percambahan dan keterbukaan minda untuk membangunkan potensi diri staf dan pelajar;

» Menyediakan perkhidmatan profesional untuk meningkatkan kecekapan pengurusan yang tuntas; dan

» Memberikan ruang dan peluang yang saksama kepada semua warganegara dengan tidak mengira kepercayaan, bangsa dan agama untuk memperoleh pendidikan tinggi yang berkualiti.

Updated:: 26/04/2017 [aswani]

MEDIA SHARING

Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471075
0389432611
C1506372010