From The Director's Desk | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» ABOUT US » From the Director's Desk

From the Director's Desk

Prof. Madya Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique 
Pengarah

Asalamualaikum w.b.t dan Salam satu Malaysia.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang dan  ribuan terima kasih kepada para pengunjung kerana sudi melayari laman sesawang rasmi institut kami iaitu Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan (IKDPM). 

Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan yang ditubuhkan sejak sebelas (11) tahun lalu telah mengubah lanskap pertanian negara serta merancakkan lagi penyelidikan dalam bidang polisi pertanian, makanan dan sumber asli di Universiti. Malah, IKDPM yang bernaung di bawah Universiti ini juga dilihat mampu melonjak prestasi Universiti di seluruh pelusuk dunia. Pastinya, IKDPM terus relevan untuk menjadi salah satu tunjang dalam mengemudi impian Universiti bagi mencapai pengiktirafan akademik di peringkat tertinggi serta melebar sumbangannya di setiap genap lapisan masyarakat.
 

Menjunjung wawasan untuk muncul sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan bidang pertanian dan makanan yang terunggul, kami beriltizam untuk menjana hasil penyelidikan dasar ke arah pembangunan pertanian dan makanan yang lestari. Falsafah ini juga diterjemah dalam komitmen IKDPM untuk mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan, perkhidmatan profesional dan pembelajaran dalam bidang kajian dasar pertanian dan makanan menerusi pembudayaan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan atau pihak berkepentingan. Jalinan kolaborasi dalam bidang penyelidikan dasar dengan beberapa agensi awam di peringkat nasional dan antarabangsa merupakan salah satu manifestasi pencapaian kejayaan IKDPM selain daripada berfungsi sebagai satu wadah bagi melahirkan lebih ramai pakar polisi pertanian. Generasi inilah yang akan memacu Negara dalam mendepani cabaran yang lebih dinamik dalam bidang pertanian dan sekuriti makanan.
 

Sesungguhnya, perjalanan yang telah dilalui Institut sepanjang tahun ini telah mentransformasi paradigma pelbagai pihak berkepentingan termasuklah agensi awam terhadap peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh IKDPM. Kredibiliti dan reputasi yang dibina oleh IKDPM sejak penubuhannya bukan sahaja menjadi daya tarikan sebagai pusat pengembangan ilmu semata-mata, tetapi IKDPM juga memainkan peranan yang amat penting dalam menyediakan sumber kepakaran dalam bidang polisi pertanian dan makanan. Kini, IKDPM tidak lagi sunyi daripada menerima pelawaan khidmat penyelidikan daripada pelbagai agensi awam di dalam dan luar negara termasuklah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Roundtable for Sustainable Palm Oil (RSPO) dan World Wildlife Fund (WWF). 

 

 

Updated:: 26/04/2017 [aswani]

MEDIA SHARING

C1506202422