Kesan Kebergantungan Ekonomi Kepada Petroleum Dan Gas Asli | Institute of Agricultural and Food Policy Studies
» NEWS » Kesan Kebergantungan Ekonomi Kepada Petroleum dan Gas Asli

Kesan Kebergantungan Ekonomi Kepada Petroleum dan Gas Asli

Kejatuhan harga minyak mentah dunia mendorong pelbagai pihak menilai tahap kebergantungan sebenar ekonomi Malaysia kepada sector petroleum dan gas asli. Kebanyakan berpandangan bahawa kejatuhan harga minyak mentah dunia tidak memberi kesan singifikan kerana ekonomi neara tidak lagi bergantung kepada kuat kepada sector petroleum dan gas asli, hasil daripada transformasi ekonomi kea rah mempelbagaikan aktiviti ekonomi.

 

Petunjuk ekonomi utama yang sering diguna untuk menyokong pandangan berkenaan adalah berdasarkan sumbangan langsung sector petroleum dan gas asli ke atas hasil cukai dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

 

Kebergantungan hasil cukai.

Kebergantungan hasil cukai kerajaan kepada sektor ini berkurangan kepada sector ini berkuranagn daripada 24 peratus pada 2005 kepada 17 peratus pada 2015. Dalam tempoh yang sama, sumbangan sektor ini kepada keseluruhan KDNK berkurangan daripada 18 peratus kepada 11 peratus. Perangkaan ini mengambil kira sumbangan kedua-dua sector huluan dan hiliran petroleum.

 

Bagaimanapun, perangkaan petunjuk ekonomi kurang tepat kerana sumbangan dan pengaruh sebenar sector petroleum dan gas asli kepada ekonomi Malaysia. Hal ini kerana ia hanya mengambil kira sumbangan langsung dengan mengabaikan sumbangan tak langsung sector berkenaan kepada ekonomi.

Sumbangan tak langsung merujuk kepada peranan sector petroleum dan gas asli ke atas pertumbuhan sector lain melalui rangtaian bekalan input.

Sumbangan tak langsung boleh dinilai dengan menggunakan analisis input output. Hasil pengiraan mendapati secara keseluruhannya sektor petroleum dan gas asli menyumbang sebanyak 8 peratus dan 10 peratus.

Kesimpulannya, penilaian tahap kebergantungan sesebuah sektor kepada ekonomi perlu bersandarkan kepada kedua-dua sumbangan langsung dan tidak langsung.

 

Terdapat kes di mana sumbangan tidak langsung sesebuah sektor ini lebih besar berbanding sumbangan langsung. Di dalam konteks sektor petroleum dan gas asli, boleh dikatakan kebergantungan ekonomi kepada sektor ini masih sigifikan.

Dr. mohd Yusof Saari:
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Putra Malaysia 


Updated:: [noorbaiti]

MEDIA SHARING

Institute of Agricultural and Food Policy Studies
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471075
0389432611
C1506371837